Tuesday, December 4, 2012

DIET - Makanan Tahan Lapar.

Assalamualaikum..
Tak jawab dosa tau!! Tak nak kawan!! Hehe.. Hye korang. Ape khabar. Sehat? Bagos.. Tak sehat? Kesian.. Hehe. Nak tanye siket boleh? Korang kuat makan tak? Kuat. Samelah.. Tapi kan kita tak boleh lah nak ikutkan sangat nafsu makan yang semakin menjadi-jadi tu. Silap-silap hari bulan, kita termasuk dalam kelompok obesiti. Nak ke? Tak nak kan. So hari ni Ika nak share siket info kat korang. Ok, aku nak bagi korang contoh-contoh makanan yang boleh buat korang tahan lapar. Tapi aku just boleh senaraikan 7 je, sebab aku malas lah nak search banyak-banyak :D


1-IKAN
Ok, korang mesti kenal ikan kan. Kalau tak, aku tak tau lah korang dari planet mane? Planet 'matoki' kott, wahaha.. Contoh ikan salmon dan tuna mengandungi asid lemak Omega-3 yang boleh menurunkan kolestrol dan mempercepatkan metabolisme. Korang boleh masak ikan tu secara panggang ataupun kukus. Kalau korang goreng, makin bertambah lemak adalah.




2-KEKACANG.
Kekacang ni merupakan sumber serat dan protein yang baik. Kacang mengambil masa yang lama untuk dicerna. Disebabkan tu, korang akan merasa kenyang untuk tempoh yang lama berbanding nutrisi lain. Tapi, kena ingat jugak, jangan makan banyak-banyak nanti tumbuh JERAWAT pulak. Hahaha :D





3-SUSU RENDAH LEMAK.
Tahukah anda? Yogurt dan keju rendah lemak adalah sumber kalsium yang baik. Kalsium dapat membantu anda memecahkan sel-sel lemak yang ade dalm tubuh badan kita. Kalsium menghasilkan calcitrol, iaitu sejenis hormon yang dapat menyimpan lemak baik untuk tahan lapar.



4-BUAH-BUAHAN SITRUS.
Contoh buah-buahan sitrus lemon, limau dan tomato mengandungi vitamin C serta serat dapat membantu proses menghapus lemak dengan lebih cepat. Buah-buahan sitrus mengandungi kandungan air yang tinggi sekitar 50 hingga 75 kal yang boleh membuat rasa kenyang untuk jangka waktu yang lama.



5-POPCORN.
Wahh!! Aku suke POPCORN!! Kalau kita kunyah popcorn boleh bagi kita rasa kenyang yang ketara. So korang boleh lah berhenti ambil makanan lain. Tapi, AWAS! Bukan popcorn yang dah di campur dengan karamel atau perisa lain.




6-SAYUR-SAYURAN HIJAU.
Sayur-sayuran hijau seperti bayam, asparagus dan brokoli memiliki kesan termal yang tinggi pada tubuh dan tentunya rendah kalori. Serat yang terdapat dalam sayuran hijau mengandungi antioksidan, vitamin, dan mineral yang memberi rasa kenyang.




7-EPAL.
Buah epal selalu dijadikan sebagai pengganti makanan untuk individu yang berdiet kerana setiap sebiji epal mengandungi kadar air dan serat yang cukup tinggi. Ia akan membantu memberi rasa kenyang selepas memakannya. Manakala pada kulitnya pula terdapat kandungan serat larut bernama pektin. Ia dapat membantu manahan nafsu makan secara semula jadi.



Itu je yang aku boleh kaongsi kat korang semua. Aku harap korang dapat gune tip ni. Dan satu pesanan aku, kalau nak diet tu boleh, tapi jangan sampai memudaratkan diri sendiri. SELAMAT BERDIET :)

Monday, December 3, 2012

Apa Itu Twitter?

Assalamualaikum...
Hai.. Ada Twitter? Tak tau ape itu Twitter? Kejap lagi aku bagi tau. Kalau dulu Facebook, sekarang Twitter. Sane sini sebok ngan Twitter. Aku rase dunia ni dah macam tak ade sempadan dah. Sekarang, dengan Twitter korang boleh kenal dengan semua orang tak kira lah kat celah atau cerun mane die stay. Ala macam Facebook jugak lah citernye... Tapi Twitter ni versi 'burung biru'. Ape yang biru pon aku tak tau lah.

Apa Itu Twitter?
Twitter adalah satu rangkaian sosial jenis microblogging yang sangat popular. Dengan menggunakan Twitter, korang boleh menghantar informasi ringkas dan pendek kepada orang yang follow akaun Twitter korang. Selain daripada menjadi bahan rangkaian sosial, Twitter juga berguna untuk perniagaan masa kini dan dah ramai syarikat-syarikat yang menggunakan laman sosial ini untuk meluaskan perniagaan. Silap hari bulan, pakcik kedai mamak tu pon boleh layan Twitter jugak. Sape tau kan? xD

Followers.
Followers adalah orang yang follow anda. Ataupun pengikut anda di Twitter. Salah satu cara yang paling mudah dan berkesan ialah melalui Tweetergetter! Korang just masukkan korang punya Username dan Password akaun Twitter korang. Pastu klik butang 'Tweet Now' dan secara automatik Followers korang akan bertambah. Tapi, kepada pengguna yang pertama kali biasanya akan 'Blur' tapi aku sarankan lebih baik korang ikut je orang sekeliling korang dulu. Lepas tu, baru lah korang paham macam mane nak gune Twitter.

Istilah.
RT = Re-Tweet.
Bermaksud mengulang status orang lain dengan tujuan sama ada untuk memberi komen atau pon sekadar mengulang status berikut.
DM = Direct Message.
Ianya seakan-akan menghantar e-mel tapi tidak dipaparkan di Timeline.
FAV = Favorite.
Jika anda menekan butang 'Favorite' pada satu status, secara automatik status berikut akan masuk ke dalam update kegemaran korang.



Tweet2..
Ni just siket pengenalan tentang Twitter daripada aku. Kalau korang baru nak gune Twitter, korang kena lah belajar kat orang yang dah lama gune Twitter nih. Ape pon selamat berTweet2 dan segala info yang korang nak boleh diperoleh! Kat Twitter nih, kalau musim Bola Sepak, ramai pengulas tak berbayar. Tak payah tengok TV pon tak ape. :D





Follow lah Ika → https://twitter.com/iam_IkaAhmad


Thanks For Reading My Entry :)

Thursday, November 29, 2012

Bingkai VS Bentuk Wajah

Assalamualaikum..
Sape perasan yang die tu bermate empat mai bace entry aku kejap. Pernah tak korang rase yang korang selalu tersisih daripada kawan-kawan korang yang tak bermate empat? Pernah? Aku rase korang tak perlu rase tersisih sebab korang ni 'special' tau tak.. Kenapa? Sebab korang ade empat mate diorang just ade due mate je.. Hahaha.... Ok,aku tau tak lawak. Sebenarnye aku nak bagi korang tip macam mane care nak pilih bingkai spec korang mengikut bentuk wajah korang yang comel tuh... Walawey,,, jangan kembang pulak eh :)

Ok, aku akan nyatakan bentuk muke korang then bawah tu keterangan tentang bingkai yang bersesuaian dengan bentuk muke korang tu. Cehh,, ayat... Skema semacam !!

1-BULAT
Kalau nak muke korang nampak lebih kurus dan lebih panjang, better korang pilih bingkai yang bersudut dan jarak 'jambatan' yang jelas untuk meluaskan mata. Senang citer, pilihlah bingkai cermin mate berbentuk segi empat tepat. Ada paham??

2-BUJUR 
Ramai orang nak muke die shape bujur kan? Aku pon same sebab nampak ideal and seimbang. Ape kate kalau korang nak carik bingkai cermin mate tu carik yang lagi luas daripada muke korang ataupon korang boleh pilih bingkai yang bentuk die macam kacang 'walnut'. Tau tak kacang walnut? Tak tau? Pergi kedai bakery then anye mane satu kacang walnut. Amaran!! Jangan ambik bingkai cermin mate yang terlalu kecil.

3-BENTUK HATI
Wahh!! Muke die bentuk 'LOVE' lahh!! Hahaha.. Ok, ter'over' pulak :D Ok, bagi pemilik wajah ini. Pastinya die mempunyai bahagian yang luas di dahi dan tirus di bahagian dagu. Korang sangat sesuai mengenakan bingkai yang berbentuk mata kucing (ambik mate kucing korang pon boleh, hehe) tak pon korang ambik bingkai yang bulat sikit.

4-PETAK
Sape yang bentuk muke die petak ni? Angkat tangan siket. Ehh,, tak payah lah tak pasal-pasal pengsan aku bau ketiak kau tu. Hehe.. Ok, Dahi korang mesti luas kan? Ade tak luas macam padang bola? Wahaha.. Biarlah dahi korang luas, ade aku kesah? :D Kenal tak Katie Holmes? Muke die pon bentuk petak tau!! Korang perlu berhati-hati time nak pilih cermin mate or bingkai die. Paling penting, elakkan daripada memilih bingkai yang bebentuk petak ataupun yang bersudut tepat. Aku syorkan korang pilih lah bingkai bentuk bulat, bujur,or mata kucing je. Muke korang ade ala-ala adudu tak? Wahaha 'Adudu Kepala Petak'. :D

5-Diamond
Ehh, diamond? Boleh jual ke? Mahal tak muke korang? Haha.. Korang bertuah tau sebab tak ramai orang yang ade muke shape diamond ni. Korang ni satu team ngan Scarlett Johanson! Korang sesuai untuk mengenakan cermin mata tanpa bingkai. Kalau degil sangat. Nak jugak pakai bingkai, korang just boleh pilih bingkai yang bentuk die dujur je!!

Dah-dah penat pulak aku daripada tadi menaip. Korang pulak syok bace kan? Cubelah belanja aku air ke? Haha memang sah muke tak malu lah kau ni ika. Nak belanja? Ha! Biar betol? Jom-jom. Wahaha aku melawak je :D Tak tau lah kenapa hari ni aku 'masuk air' wahaha :D Ok, lah korang aku belummakan lagi ni. Bye..

(Aku pon pakai cermin mate :D)
Assalamualaikum.

Monday, November 19, 2012

Tip Nak Cantik

Assalamualaikum...

Sape rase dia perempuan and nak jadi cantik. Meh sini bace entry aku kejap. Kejap je tau, tak lame pon.  Sekarang ni banyak sangat produk kecantikan kat pasaran kan. Boleh dikatakan semuanya hampir same, just name je lain-lain. Ape kate kite tukar cite rase kejap. Kita gune petua orang dolu-dolu. Tak susah pon, then korang boleh save duit korang jugak. Sekali-sekala kite amalkan petua orang dulu-dulu tak salah kan? Jom, kite ikut petu untuk jage kecantikan dengan betul..

1- NAK WAJAH CERAH
Ambek lobak merah (carrot) then parut halus-halus. Pastu korang campur ngan kuning telur and campurkan dengan air limau nipis. Pastu kacau sampai sebati. (Cehh, macam nak buat kek lah pulak) Kalau dah sebati, sapukan kat muke korang. Bile dah kering, cuci dengan air sampai bersih tau! Amalkan lah seminggu 2 atau 3 kali. Insyaallah, wajah korang 'mungkin' cerah.

2- ATASI KULIT BERMINYAK
Kulit berminyak?? Oh TIDAK!! Den pasti ramai perempuan kat luar sane, sensetif giler bile muke diorang berminyak kan? Same lah macam aku.  Nak atasi kulit berminyak ni senang jer.. Ambil sebiji buah epal, pastu parut sampai halus and sapukan kat muke rata-rata. Biarkan selama 15 minit, then bilas dengan air sampai bersih. Senang kan?

3- JERAWAT
Jerawat? Bende tu lah yang buat perempuan tak keluar rumah. Sebab malu kalau ade orang tegur "Ee, jerawat ke tu?" Betul kan? Korang tau tak ape itu ubi kentang? Ala,, potato lahh.. Tak tau, search lah sendiri. Ubi kentang ni ade sejenis getah yang boleh hilangkan jerawwt korang tu.. Ambil hirisan kentang pastu tepekkan kat kawasan yang ade jerawat tu. Senang je, tak payah susah2 nak pegi cuci muke lah, pakai scrub lahh...

4-NAK BIBIR MERAH
Selalu nye kalau orang yang nak bibir merah ni, kena banyak minum air kan? Selain daripada minum air, korang boleh jugak ambil hirisan halia pastu gosok kat bibir korang setiap hari sebelum tidur sebab ia mampu membantu memerahkan lagi bibir korang yang tak berape merah tuh. Hehe...

5-NAK BULU MATE PANJANG
Ramai perempuan zaman sekarang nih, kalau nak bulu mate panjang mesti gune bulu mate palsu kan? Tak pon, gune pelbagai jenis maskara. Korang tau tak ape kesan bulu mate palsu ni? Mate korang boleh bute kalau terkena gam die tu tau tak? So, tak payah lah dok berhabis duit hang tuh nak beli bulu mate palsu tu bagai. Lebih baik hang pi ambek daun lidah buaya (aloe vera) then sapukan lendir die tu kat bulu mate korang setiap hari. Kan lagi bagoss. Jimat lah duit hang tu siket.

6-NAK KULIT LICIN KEMERAHAN
Jealous tengok kawan korang ade kulit licin kemerah-merahan? Tak pe, korang pon boleh jadi macam die. Tak pasal-pasal kulit korang tu lagi cantik daripada die. Care nye senang je, ambek beberapa biji  tomato, hancurkan lalu tepekkan kat muke korang. Rajin-rajin lah buat ye, kalau korang buat sekali je, memang tak ade gune lah..

7-IDAMKAN KULIT YANG ANJAL
Tak payah susah-susah lah nak pergi buat suntikan kat muke korang even suplemen pon. Buat habes duit+mase je.. Putih telur tu pon dah cukup nak anjal kan muke korang tu.. Sapukan putih telur yang dicampurkan dengan sedikit jus lemon rata-rata kat wajah korang. Tapi!! Pastikan yang korang ambil putih telur sahaja tau!!

Ok, tu jelah yang dapat aku share kat korang dalam entry nih, kalau ade tip yang lain, nanati aku buat entry lagi. Tu pon kalau rajin.. Tip ni pon, setengah mak aku bagi, setengah lagi orang lain bagi.. Aku harap korang gembira bace entry aku ni ye.. K chao dulu..

Assalamualaikum... :)

Sunday, October 28, 2012

Berangan nak jadi PRINCESS.

Assalamualaikum!

Hye... Sebenarnya ika nak kongsikan cerita pasal seorang budak kecik yang berangan- angan nak jadi seorang Princess.. Confirm lah korang semua mesti ada angan-angan macam tu jugak kan. Tipu lah kalau tak, macam lah Ika tak tahu yang korang semua mase kecik-kecik suke sangat tengok cerita Cinderella, Rapunzel, Snow White dan banyak lagi. Cerita tu semua mesti start dengan kesusahan hidup si gadis jelita dan ending bahagia selepas di selamatkan oleh putera idaman. Lagi-lagi semua putera idaman tu HENSEM.. Auwww!! 

   Tapi tu semua just angan-angan time kecik. Bak kata orang "zaman kuno-kuno lahh".. Bila dah besar, panjang, pendek, tinggi, rendah ni lain pulak cerita nya. Berangan lebih, lagi-lagi kalau ternampak Sang Putera Idaman yang sangat kacak. Contohnya, artis KOREA.. Wahh!! Memang hensem-hensem belaka. Lagi-lagi ahli kumpulan Super Junior.. Wahahaxx :D

   Sejujurnya Ika ni pon sama macam korang semua (mase kecik je lah).. Mase Ika kecik-kecik dulu Ika ni minat sangat ngan si Putera William. Ala,,, anak Lady Diana tu lahhh... Tapi tak de lah minat sangat... Just 40% jerr... Ika minat dia pon sebab tengok dia kat surat khabar. Hahahahaha....  Terlebih gelak pulak masa jari jemari mengetuk papan kekunci komputer untuk berkongsi cerita tentang seorang gadis kecil kelahiran Kuala Lumpur ini.   Kadang-kadang Ika tak sedar yang Putera William tu dah TERlebih tua daripada Ika. Bukan itu sahaja,, malah Ika pun tak sedar yang Ika ni sebenarnya bukan nya fasih berbahasa inggeris. Hehe...   Masa tu Ika selalu cakap "Wahh!! Lady Diana hebat lahh!!" sampai satu hari tu mak cakap "Haish,, kau ni minat si William ke nak jadi Lady Diana? Kalau kau nak jadi Lady Diana, lupeken je lah.. Tak sesuai ponn..." Sejak tu Ika perasan ade betol jugak ape yang mak cakap tuh kan.. Tapi Ika tak kesah pon,, yang Ika tau Ika nak jadi PRINCESS.. Hahaha   Itulah yang berlaku kepada seorang budak kecil yang terlalu obses dengan puteri dan putera raja. Pernah satu hari tu Ika tanye kat mak " Mak, kenapa name Ika tak ade puteri, tun, ataupun tengku? " Ini semua sebab jiran Ika name dia ade Puteri and bapak dia ade Putera. Jealous sangat kalau orang panggil dia puteri, sampaikan pernah terfikir nak ambik surat beranak then change name letak 'Puteri'.   Tersengih sorang-sorang nampak? Terserlah barisan gigi awak yang putih berkilat tu. Dah macam 'iklan COLGATE' pon ade.. Hahaha.. Tak kesah lah korang nak cakap ape tapi yang pasti bende tu terjadi kat Ika time Ika kecik dolu-dolu..   Korang semua mesti dah tau kan yang Putera William dah kawen ngan Kate Middleton. Wahh!! Bertuah nya Kate sebab dapat jadi suri hati William. Ika rasa Kate layak untuk mengganti posisi Lady Diana sebab dia memang layak. Dahulunya, Kate ni dari golongan biase-biase je.. Tapi sekarang seorang gadis yang biase itu telah bertukar menjadi 'tuan puteri' dan lantas menjadi idola. Mesti amai yang cemburu dengan Kate kan?   Tapi bukan nye senang nak duduk dalam golongan orang yang berdarah 'biru' atau pun menjadi seorang puteri raja. Segala perwatakan, tingkah laku, serta adab harus dijaga sepenuhnya. Bagi Ika, sejujurnya memang Ika tak mampu galas tanggungjawab yang sebesar itu kerana itu satu tugas yang cukup merumitkan!   Justeru, Ika sangat bersyukur kerana mempunyai sebuah keluarga yang amat menyayangi Ika dan sentiasa memberi Ika semangat serta penyayang. Sekurang-kurangnya Ika dapat jadi 'PRINCESS' dalam hati dia orang. Tak pun Ika buat kerajann ciptaan Ika sendiri kan? Agak-agak PUTERA KHAYALAN tu datang tak? Hahahaha....   Jumpa lagi wahai sekalian Tuan Puteri dan Tuan Putera sekalian... Assalamualaikum :D

Si Tupai.


Assalamualaikum!!

Hye..Tadi aku ngan kawan-kawan aku pegi kedai nak beli burger,, then ade sekor kucing ikut kitorang. Kitorang dah try banyak kali halau kucing tu, tapi die tak nak dengar,, then kitorang biar je die ikut kitorang. Time balik, aku terserempak ngan jiran aku, then die cakap ---->>>


' Ehh, ika kucing kau ikut tu '

' Mane ade, tu bukan kucing ika lahh.. Dari tadi die asyik ikut kitorang je...'

' Ehh, ni bukan Si Tupai ke? '

'Ehh, ni kucing lah acik, bukan tupai =.=' '

'Memang lah kucing, tapi acik panggil die Si Tupai '

'Kenape Si Tupai pulak acik,, tak ade name lagi sedap ke? '

'Hish, kau ni '

Then acik tu bla macam tu jer,, sampai kat rumah aku. Aku ngan member aku gelak bagai nak terguling-guling. Ade ke patot acik tu bagi name kucing Si Tupai? Agaknye die tak tau beza kucing ngan tupai kott.. Hahaha



Aku tengok comel jer kucing tu,, tapi asal lah name kau Si Tupai? Hahaha :)