Sunday, October 28, 2012

Berangan nak jadi PRINCESS.

Assalamualaikum!

Hye... Sebenarnya ika nak kongsikan cerita pasal seorang budak kecik yang berangan- angan nak jadi seorang Princess.. Confirm lah korang semua mesti ada angan-angan macam tu jugak kan. Tipu lah kalau tak, macam lah Ika tak tahu yang korang semua mase kecik-kecik suke sangat tengok cerita Cinderella, Rapunzel, Snow White dan banyak lagi. Cerita tu semua mesti start dengan kesusahan hidup si gadis jelita dan ending bahagia selepas di selamatkan oleh putera idaman. Lagi-lagi semua putera idaman tu HENSEM.. Auwww!! 

   Tapi tu semua just angan-angan time kecik. Bak kata orang "zaman kuno-kuno lahh".. Bila dah besar, panjang, pendek, tinggi, rendah ni lain pulak cerita nya. Berangan lebih, lagi-lagi kalau ternampak Sang Putera Idaman yang sangat kacak. Contohnya, artis KOREA.. Wahh!! Memang hensem-hensem belaka. Lagi-lagi ahli kumpulan Super Junior.. Wahahaxx :D

   Sejujurnya Ika ni pon sama macam korang semua (mase kecik je lah).. Mase Ika kecik-kecik dulu Ika ni minat sangat ngan si Putera William. Ala,,, anak Lady Diana tu lahhh... Tapi tak de lah minat sangat... Just 40% jerr... Ika minat dia pon sebab tengok dia kat surat khabar. Hahahahaha....  Terlebih gelak pulak masa jari jemari mengetuk papan kekunci komputer untuk berkongsi cerita tentang seorang gadis kecil kelahiran Kuala Lumpur ini.   Kadang-kadang Ika tak sedar yang Putera William tu dah TERlebih tua daripada Ika. Bukan itu sahaja,, malah Ika pun tak sedar yang Ika ni sebenarnya bukan nya fasih berbahasa inggeris. Hehe...   Masa tu Ika selalu cakap "Wahh!! Lady Diana hebat lahh!!" sampai satu hari tu mak cakap "Haish,, kau ni minat si William ke nak jadi Lady Diana? Kalau kau nak jadi Lady Diana, lupeken je lah.. Tak sesuai ponn..." Sejak tu Ika perasan ade betol jugak ape yang mak cakap tuh kan.. Tapi Ika tak kesah pon,, yang Ika tau Ika nak jadi PRINCESS.. Hahaha   Itulah yang berlaku kepada seorang budak kecil yang terlalu obses dengan puteri dan putera raja. Pernah satu hari tu Ika tanye kat mak " Mak, kenapa name Ika tak ade puteri, tun, ataupun tengku? " Ini semua sebab jiran Ika name dia ade Puteri and bapak dia ade Putera. Jealous sangat kalau orang panggil dia puteri, sampaikan pernah terfikir nak ambik surat beranak then change name letak 'Puteri'.   Tersengih sorang-sorang nampak? Terserlah barisan gigi awak yang putih berkilat tu. Dah macam 'iklan COLGATE' pon ade.. Hahaha.. Tak kesah lah korang nak cakap ape tapi yang pasti bende tu terjadi kat Ika time Ika kecik dolu-dolu..   Korang semua mesti dah tau kan yang Putera William dah kawen ngan Kate Middleton. Wahh!! Bertuah nya Kate sebab dapat jadi suri hati William. Ika rasa Kate layak untuk mengganti posisi Lady Diana sebab dia memang layak. Dahulunya, Kate ni dari golongan biase-biase je.. Tapi sekarang seorang gadis yang biase itu telah bertukar menjadi 'tuan puteri' dan lantas menjadi idola. Mesti amai yang cemburu dengan Kate kan?   Tapi bukan nye senang nak duduk dalam golongan orang yang berdarah 'biru' atau pun menjadi seorang puteri raja. Segala perwatakan, tingkah laku, serta adab harus dijaga sepenuhnya. Bagi Ika, sejujurnya memang Ika tak mampu galas tanggungjawab yang sebesar itu kerana itu satu tugas yang cukup merumitkan!   Justeru, Ika sangat bersyukur kerana mempunyai sebuah keluarga yang amat menyayangi Ika dan sentiasa memberi Ika semangat serta penyayang. Sekurang-kurangnya Ika dapat jadi 'PRINCESS' dalam hati dia orang. Tak pun Ika buat kerajann ciptaan Ika sendiri kan? Agak-agak PUTERA KHAYALAN tu datang tak? Hahahaha....   Jumpa lagi wahai sekalian Tuan Puteri dan Tuan Putera sekalian... Assalamualaikum :D

Si Tupai.


Assalamualaikum!!

Hye..Tadi aku ngan kawan-kawan aku pegi kedai nak beli burger,, then ade sekor kucing ikut kitorang. Kitorang dah try banyak kali halau kucing tu, tapi die tak nak dengar,, then kitorang biar je die ikut kitorang. Time balik, aku terserempak ngan jiran aku, then die cakap ---->>>


' Ehh, ika kucing kau ikut tu '

' Mane ade, tu bukan kucing ika lahh.. Dari tadi die asyik ikut kitorang je...'

' Ehh, ni bukan Si Tupai ke? '

'Ehh, ni kucing lah acik, bukan tupai =.=' '

'Memang lah kucing, tapi acik panggil die Si Tupai '

'Kenape Si Tupai pulak acik,, tak ade name lagi sedap ke? '

'Hish, kau ni '

Then acik tu bla macam tu jer,, sampai kat rumah aku. Aku ngan member aku gelak bagai nak terguling-guling. Ade ke patot acik tu bagi name kucing Si Tupai? Agaknye die tak tau beza kucing ngan tupai kott.. Hahaha



Aku tengok comel jer kucing tu,, tapi asal lah name kau Si Tupai? Hahaha :)