Tuesday, December 4, 2012

DIET - Makanan Tahan Lapar.

Assalamualaikum..
Tak jawab dosa tau!! Tak nak kawan!! Hehe.. Hye korang. Ape khabar. Sehat? Bagos.. Tak sehat? Kesian.. Hehe. Nak tanye siket boleh? Korang kuat makan tak? Kuat. Samelah.. Tapi kan kita tak boleh lah nak ikutkan sangat nafsu makan yang semakin menjadi-jadi tu. Silap-silap hari bulan, kita termasuk dalam kelompok obesiti. Nak ke? Tak nak kan. So hari ni Ika nak share siket info kat korang. Ok, aku nak bagi korang contoh-contoh makanan yang boleh buat korang tahan lapar. Tapi aku just boleh senaraikan 7 je, sebab aku malas lah nak search banyak-banyak :D


1-IKAN
Ok, korang mesti kenal ikan kan. Kalau tak, aku tak tau lah korang dari planet mane? Planet 'matoki' kott, wahaha.. Contoh ikan salmon dan tuna mengandungi asid lemak Omega-3 yang boleh menurunkan kolestrol dan mempercepatkan metabolisme. Korang boleh masak ikan tu secara panggang ataupun kukus. Kalau korang goreng, makin bertambah lemak adalah.




2-KEKACANG.
Kekacang ni merupakan sumber serat dan protein yang baik. Kacang mengambil masa yang lama untuk dicerna. Disebabkan tu, korang akan merasa kenyang untuk tempoh yang lama berbanding nutrisi lain. Tapi, kena ingat jugak, jangan makan banyak-banyak nanti tumbuh JERAWAT pulak. Hahaha :D





3-SUSU RENDAH LEMAK.
Tahukah anda? Yogurt dan keju rendah lemak adalah sumber kalsium yang baik. Kalsium dapat membantu anda memecahkan sel-sel lemak yang ade dalm tubuh badan kita. Kalsium menghasilkan calcitrol, iaitu sejenis hormon yang dapat menyimpan lemak baik untuk tahan lapar.



4-BUAH-BUAHAN SITRUS.
Contoh buah-buahan sitrus lemon, limau dan tomato mengandungi vitamin C serta serat dapat membantu proses menghapus lemak dengan lebih cepat. Buah-buahan sitrus mengandungi kandungan air yang tinggi sekitar 50 hingga 75 kal yang boleh membuat rasa kenyang untuk jangka waktu yang lama.



5-POPCORN.
Wahh!! Aku suke POPCORN!! Kalau kita kunyah popcorn boleh bagi kita rasa kenyang yang ketara. So korang boleh lah berhenti ambil makanan lain. Tapi, AWAS! Bukan popcorn yang dah di campur dengan karamel atau perisa lain.




6-SAYUR-SAYURAN HIJAU.
Sayur-sayuran hijau seperti bayam, asparagus dan brokoli memiliki kesan termal yang tinggi pada tubuh dan tentunya rendah kalori. Serat yang terdapat dalam sayuran hijau mengandungi antioksidan, vitamin, dan mineral yang memberi rasa kenyang.




7-EPAL.
Buah epal selalu dijadikan sebagai pengganti makanan untuk individu yang berdiet kerana setiap sebiji epal mengandungi kadar air dan serat yang cukup tinggi. Ia akan membantu memberi rasa kenyang selepas memakannya. Manakala pada kulitnya pula terdapat kandungan serat larut bernama pektin. Ia dapat membantu manahan nafsu makan secara semula jadi.



Itu je yang aku boleh kaongsi kat korang semua. Aku harap korang dapat gune tip ni. Dan satu pesanan aku, kalau nak diet tu boleh, tapi jangan sampai memudaratkan diri sendiri. SELAMAT BERDIET :)

No comments:

Post a Comment