Tuesday, December 4, 2012

DIET - Makanan Tahan Lapar.

Assalamualaikum..
Tak jawab dosa tau!! Tak nak kawan!! Hehe.. Hye korang. Ape khabar. Sehat? Bagos.. Tak sehat? Kesian.. Hehe. Nak tanye siket boleh? Korang kuat makan tak? Kuat. Samelah.. Tapi kan kita tak boleh lah nak ikutkan sangat nafsu makan yang semakin menjadi-jadi tu. Silap-silap hari bulan, kita termasuk dalam kelompok obesiti. Nak ke? Tak nak kan. So hari ni Ika nak share siket info kat korang. Ok, aku nak bagi korang contoh-contoh makanan yang boleh buat korang tahan lapar. Tapi aku just boleh senaraikan 7 je, sebab aku malas lah nak search banyak-banyak :D


1-IKAN
Ok, korang mesti kenal ikan kan. Kalau tak, aku tak tau lah korang dari planet mane? Planet 'matoki' kott, wahaha.. Contoh ikan salmon dan tuna mengandungi asid lemak Omega-3 yang boleh menurunkan kolestrol dan mempercepatkan metabolisme. Korang boleh masak ikan tu secara panggang ataupun kukus. Kalau korang goreng, makin bertambah lemak adalah.




2-KEKACANG.
Kekacang ni merupakan sumber serat dan protein yang baik. Kacang mengambil masa yang lama untuk dicerna. Disebabkan tu, korang akan merasa kenyang untuk tempoh yang lama berbanding nutrisi lain. Tapi, kena ingat jugak, jangan makan banyak-banyak nanti tumbuh JERAWAT pulak. Hahaha :D





3-SUSU RENDAH LEMAK.
Tahukah anda? Yogurt dan keju rendah lemak adalah sumber kalsium yang baik. Kalsium dapat membantu anda memecahkan sel-sel lemak yang ade dalm tubuh badan kita. Kalsium menghasilkan calcitrol, iaitu sejenis hormon yang dapat menyimpan lemak baik untuk tahan lapar.



4-BUAH-BUAHAN SITRUS.
Contoh buah-buahan sitrus lemon, limau dan tomato mengandungi vitamin C serta serat dapat membantu proses menghapus lemak dengan lebih cepat. Buah-buahan sitrus mengandungi kandungan air yang tinggi sekitar 50 hingga 75 kal yang boleh membuat rasa kenyang untuk jangka waktu yang lama.



5-POPCORN.
Wahh!! Aku suke POPCORN!! Kalau kita kunyah popcorn boleh bagi kita rasa kenyang yang ketara. So korang boleh lah berhenti ambil makanan lain. Tapi, AWAS! Bukan popcorn yang dah di campur dengan karamel atau perisa lain.




6-SAYUR-SAYURAN HIJAU.
Sayur-sayuran hijau seperti bayam, asparagus dan brokoli memiliki kesan termal yang tinggi pada tubuh dan tentunya rendah kalori. Serat yang terdapat dalam sayuran hijau mengandungi antioksidan, vitamin, dan mineral yang memberi rasa kenyang.




7-EPAL.
Buah epal selalu dijadikan sebagai pengganti makanan untuk individu yang berdiet kerana setiap sebiji epal mengandungi kadar air dan serat yang cukup tinggi. Ia akan membantu memberi rasa kenyang selepas memakannya. Manakala pada kulitnya pula terdapat kandungan serat larut bernama pektin. Ia dapat membantu manahan nafsu makan secara semula jadi.



Itu je yang aku boleh kaongsi kat korang semua. Aku harap korang dapat gune tip ni. Dan satu pesanan aku, kalau nak diet tu boleh, tapi jangan sampai memudaratkan diri sendiri. SELAMAT BERDIET :)

Monday, December 3, 2012

Apa Itu Twitter?

Assalamualaikum...
Hai.. Ada Twitter? Tak tau ape itu Twitter? Kejap lagi aku bagi tau. Kalau dulu Facebook, sekarang Twitter. Sane sini sebok ngan Twitter. Aku rase dunia ni dah macam tak ade sempadan dah. Sekarang, dengan Twitter korang boleh kenal dengan semua orang tak kira lah kat celah atau cerun mane die stay. Ala macam Facebook jugak lah citernye... Tapi Twitter ni versi 'burung biru'. Ape yang biru pon aku tak tau lah.

Apa Itu Twitter?
Twitter adalah satu rangkaian sosial jenis microblogging yang sangat popular. Dengan menggunakan Twitter, korang boleh menghantar informasi ringkas dan pendek kepada orang yang follow akaun Twitter korang. Selain daripada menjadi bahan rangkaian sosial, Twitter juga berguna untuk perniagaan masa kini dan dah ramai syarikat-syarikat yang menggunakan laman sosial ini untuk meluaskan perniagaan. Silap hari bulan, pakcik kedai mamak tu pon boleh layan Twitter jugak. Sape tau kan? xD

Followers.
Followers adalah orang yang follow anda. Ataupun pengikut anda di Twitter. Salah satu cara yang paling mudah dan berkesan ialah melalui Tweetergetter! Korang just masukkan korang punya Username dan Password akaun Twitter korang. Pastu klik butang 'Tweet Now' dan secara automatik Followers korang akan bertambah. Tapi, kepada pengguna yang pertama kali biasanya akan 'Blur' tapi aku sarankan lebih baik korang ikut je orang sekeliling korang dulu. Lepas tu, baru lah korang paham macam mane nak gune Twitter.

Istilah.
RT = Re-Tweet.
Bermaksud mengulang status orang lain dengan tujuan sama ada untuk memberi komen atau pon sekadar mengulang status berikut.
DM = Direct Message.
Ianya seakan-akan menghantar e-mel tapi tidak dipaparkan di Timeline.
FAV = Favorite.
Jika anda menekan butang 'Favorite' pada satu status, secara automatik status berikut akan masuk ke dalam update kegemaran korang.



Tweet2..
Ni just siket pengenalan tentang Twitter daripada aku. Kalau korang baru nak gune Twitter, korang kena lah belajar kat orang yang dah lama gune Twitter nih. Ape pon selamat berTweet2 dan segala info yang korang nak boleh diperoleh! Kat Twitter nih, kalau musim Bola Sepak, ramai pengulas tak berbayar. Tak payah tengok TV pon tak ape. :D





Follow lah Ika → https://twitter.com/iam_IkaAhmad


Thanks For Reading My Entry :)